Liga Arab selar AS sokong penempatan haram Israel

Ahmed Aboul Gheit
Ahmed Aboul Gheit
A
A
A

KAHERAH - Liga Arab pada Selasa mengutuk kenyataan Setiausaha Negara Amerika Syarikat Mike Pompeo bahawa negaranya tidak lagi menganggap penempatan Israel di Tebing Barat sebagai tidak konsisten dengan undang-undang antarabangsa, lapor Agensi Berita Jordan (Petra).

Setiausaha Agung organisasi itu, Ahmed Aboul Gheit, memberi amaran bahawa perubahan pendirian Amerika ini akan menjadikan peneroka Israel lebih berani melakukan lebih banyak keganasan serta kekejaman terhadap penduduk Palestin selain menjejaskan sebarang prospek dalam usaha mencapai keamanan.

Beliau menegaskan bahawa perubahan pendirian AS itu menjejaskan baki legitimasi moralnya dalam isu tersebut. - Bernama

Artikel Berkaitan: