Pekerja nurseri maut dihempap pokok sawit

Pokok kelapa sawit yang menghempap mangsa di sebuah nurseri di Jalan Yong Peng Air Hitam di sini petang semalam.
Pokok kelapa sawit yang menghempap mangsa di sebuah nurseri di Jalan Yong Peng Air Hitam di sini petang semalam.
A
A
A

BATU PAHAT - Seorang pekerja nurseri maut selepas dihempap sebatang pokok kelapa sawit di sebuah nurseri di Jalan Yong Peng Air Hitam di sini petang semalam.

Komander operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Yong Peng, Pegawai Bomba Kanan II, Khairul Nizam Aresat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 5.15 petang.

Menurutnya, ketika kejadian mangsa berusia 65 tahun sedang berehat di bawah pokok berkenaan sebelum ia tumbang.

"Mangsa maut di tempat kejadian selepas dihempap sebatang pokok kelapa sawit setinggi kira-kira 40 kaki (12 meter),” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Khairul Nizam berkata, seramai lapan anggota dengan bantuan sebuah jentera terlibat dalam kerja-kerja mengeluarkan mayat mangsa.

“Kita juga menggunakan bantuan sebuah jengkaut untuk mengangkat pokok yang menghempap tubuh mangsa dan operasi memakan masa kira-kira lima minit.

“Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya sebelum operasi ditamatkan pada jam 5.57 petang,” katanya.

Artikel Berkaitan: