X

Kindly register in order to view this article
!

PDRM bukan sekadar pasukan pelengkap

The Cops yang tampil cemerlang di Liga Premier tidak mahu menjadi sekadar pasukan pelengkap saingan Liga Super musim depan. Foto: PDRM FA 'THE COPS'
A
A

PERSATUAN Bola Sepak Polis Diraja Malaysia (PDRM FA) tetap optimis dengan kekuatan pasukan sebagai pencabar liga musim depan selepas dinaikkan ke Liga Super tahun depan.

Pengurusnya, Datuk Khalil Azlan Chik berkata, persediaan rapi tetap dilakukan pengurusan dan kejurulatihan pasukan untuk mendapatkan pemain tempatan dan import.

“Perkara itu kini sedang dinilai. Kita juga membuat pemilihan pemain di kalangan pegawai dan anggota PDRM yang terbaik buat pasukan.

“Bagi pemain import pula, kita akan lihat di posisi pertahanan, tengah dan serangan untuk memperkukuhkan lagi pasukan. Itu bergantung kepada pemilihan jurulatih bagi memilih pemain yang sesuai untuk pasukan.

“Kita tidak mahu dapatkan pemain yang mahal, tapi gagal memberikan aksi yang baik. Itu akan jejaskan pasukan. Apa yang penting pemain perlu ikut acuan dan taktikal yang diterap jurulatih,” katanya kepada Sinar Harian.

Pada masa sama, beliau turut mengesahkan melantik seorang ketua jurulatih tempatan sebagai persiapan awal pasukan.

Bagaimanapun katanya, pemain-pemain yang dipilih itu nanti adalah bergantung kepada peruntukan kewangan pasukan.

“PDRM FA akan melengkapkan pasukan yang boleh berlawan. Kita tak mahu jadi pasukan pelengkap. Kita mahukan pembangunan pemain yang boleh diketengahkan ke peringkat lebih tinggi,” katanya.

Bagi kedudukan awal Liga Super musim 2020, Kuala Lumpur FA dan PKNP FC turun ke saingan Liga Premier musim depan berdasarkan kedudukan mereka menamatkan saingan di tangga ke-11 dan 12 Liga Super musim lalu.

Berdasarkan Peraturan Liga Malaysia Bahagian 1 Operasi Teknikal, perkara 1 (1.2) (a) mengenai penyertaan pasukan di dalam pertandingan Liga Super dan Liga Premier, Ahli Lembaga Pengarah Liga Bola Sepak

Malaysia (MFL) membuat keputusan wakil Liga Premier, Sabah FA dan PDRM FA akan dipromosikan ke Liga Super 2020.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!