Keadaan di Stadium Nasional Bukit Jalil terkawal

Tindakan pihak berkuasa berjaya menenangkan keadaan dan meminta penyokong Malaysia supaya bersurai. - Foto Sinar Harian ZAHID IZZANI
A
A

KEADAAN di Stadium Nasional Bukit Jalil terkawal selepas berakhirnya perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 antara Malaysia dan Indonesia sebentar tadi.

Bagaimanapun, sedikit kekecohan berlaku di perkarangan stadium selepas perlawanan berakhir apabila segelintir penyokong Malaysia cuba melakukan provokasi ke atas penyokong Indonesia.

Tindakan pihak berkuasa berjaya menenangkan keadaan dan meminta penyokong Malaysia supaya bersurai.

Penyokong Indonesia juga dikumpulkan di pintu pagar E untuk mengelakkan kekecohan berlaku sebelum dibenarkan pulang.

ARTIKEL BERKAITAN: Harimau garang jinakkan Garuda