Budak koma, injap logam jatuh atas kepala

Zhong Lingfang memangku anaknya yang berlumuran darah selepas injap logam jatuh atas kepalanya.
Zhong Lingfang memangku anaknya yang berlumuran darah selepas injap logam jatuh atas kepalanya.
A
A
A

DONGYANG - Satu rakaman video menunjukkan seorang ibu menangis memegang anak lelakinya yang tidak sedarkan diri selepas injap logam jatuh mengenai kepalanya.

Dalam kejadian di bandar Dongyang, Timur China Khamis lalu, kanak-kanak berusia tiga tahun 10 bulan itu sedang berjalan pulang dari sekolah bersama ibunya, Zhong Lingfang.

Ibunya berkata, kanak-kanak itu sedang memakan pisang sambil memegang tangannya dan tiba-tiba rebah ke lantai.

"Dia tidak menangis dan tidak berbunyi. Kepalanya dipenuhi darah," katanya.

Polis berkata, kepala kanak-kanak itu telah terkena injap logam seberat 1.37 kilogram yang jatuh dari tingkat 21 sebuah pangsapuri.

Susulan itu, pihak berkuasa telah menahan pekerja pengubahsuaian, Zu berusia 29 tahun.

Dia memberitahu penyiasat, tidak sengaja menjatuhkan injap logam tersebut dari sebuah penghawa dingin.

Dia secara tidak sengaja telah membakar tangannya, menyebabkan dia melepaskan potongan logam itu.

Artikel Berkaitan:

Kanak-kanak itu dibawa ke Hospital Rakyat Dongyang dan terpaksa menjalani pembedahan kecemasan selama lima jam.

Jururawat di wad penjagaan rapi (ICU), Ying Manzhen berkata, kanak -kanak itu masih koma selepas pembedahan.

"Dia bernafas dengan bantuan mesin pernafasan dan keutamaan hospital adalah untuk memastikan dia hidup, " kata Ying.

Sementara itu, pekerja tersebut masih dalam tahanan bagi membantu siasatan. - Agensi.