Sila log masuk terlebih dahulu.

[DIKEMASKINI] FAMA bekal 20,000 kit makanan kepada Nadma

Ishak merasmikan Majlis Flag Off Kit Makanan Nadma ke seluruh Malaysia bertempat di Pusat Operasi Fama Dengkil di sini hari ini.
Ishak merasmikan Majlis Flag Off Kit Makanan Nadma ke seluruh Malaysia bertempat di Pusat Operasi Fama Dengkil di sini hari ini.
A
A
A

DENGKIL - [DIKEMASKINI] Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) membekalkan sebanyak 20,000 kit makanan kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) yang akan diberikan kepada mangsa yang terlibat dalam banjir.

Pengerusinya, Ishak Ismail berkata, pihaknya diberi kepercayaan oleh Nadma untuk membekalkan kit makanan sejak tahun 2014 sehingga kini.

"Pada 2 Oktober 2019 perbincangan antara FAMA dan Nadma telah diadakan di Pusat Operasi FAMA Dengkil dan dalam perbincangan tersebut, sekali lagi pihak Nadma memberi kepercayaan kepada FAMA sebagai pembekal.

"Satu persetujuan telah dimeterai secara dasarnya supaya FAMA menyediakan 50,000 kit makanan dan perlu menyediakan stok sebanyak 20,000 bagi penyediaan fasa pertama," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis flag off kit makanan Nadma ke seluruh Malaysia di Pusat Operasi Fama Dengkil di sini hari ini.

Katanya, terdapat beberapa penambahbaikan dari segi pemilihan produk dibuat hasil perbincangan di antara pihak Nadma dan FAMA.

"Bagi kit makanan Nadma 2019/2020, Nadma memutuskan untuk meletakkan produk tambahan seperti beras, garam, serbuk teh dan gula dalam usaha untuk membantu mangsa mangsa bencana semasa dan selepas pulang ke kediaman," katanya.

Menurutnya, Nadma telah melibatkan beberapa jabatan dan agensi sebagai rakan kerjasama dalam usaha menyalurkan bantuan kepada mangsa bencana.

Artikel Berkaitan:

"FAMA telah dilantik dan diberikan tanggungjawab sebagai penyedia kepada kit makanan Nadma.

"Proses penyediaan diselaraskan Bahagian Pembangunan Industri Asas Tani (IAT) di peringkat Ibu Pejabat dengan kerjasama Pengarah FAMA di setiap negeri yang terlibat dengan bencana.

"Kerja-kerja penyediaan kit makanan dijalankan di Pusat Memproses Makanan FAMA Kuala Selangor dan Pusat Operasi FAMA Dengkil," katanya.

Jelasnya, Nadma telah memberikan peranan kepada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) sebagai pihak yang akan menerima stok kit makanan di peringkat negeri sebelum diedarkan kepada pusat pangkalan hadapan atau pusat pemindahan sementara.

"Manakala Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pula bertanggungjawab untuk memberikan maklumat jumlah mangsa yang dipindahkan serta membantu pihak APM membuat edaran kit makanan tersebut kepada mangsa banjir.