Dunia solidariti demi Muath Amarneh

Solidariti untuk Muath Amarneh tular di laman sosial.
Solidariti untuk Muath Amarneh tular di laman sosial.
A
A
A

SHAH ALAM - Dunia menggerakkan solidariti buat wartawan jurugambar bebas Palestin yang ditembak di mata oleh tentera Israel ketika membuat liputan demonstrasi di Tebing Barat tempoh hari.

Menerusi kempen dalam talian itu, pelayar memuat naik gambar dengan memakai penutup mata atau menutup sebelah mata mereka berserta tanda pagar #MuathEye, #EyeofTruth atau #MuathAmarneh yang kini menjadi trend di laman sosial.

Gambar dan video wartawan itu, Muath Amarneh, 35, dibawa ketika pendarahan di mata kirinya sejurus selepas ditembak juga terus dimainkan oleh warganet sebagai bantahan terhadap keganasan.

Ketika ditemu bual oleh AFP, wartawan berusia 35 tahun itu berkata, beliau berdiri di sebelah tepi sambil memakai jaket yang jelas tertera perkataan ‘Press’ berserta helmet.

Penyampai sebuah stesen televisyen Palestin menutup mata kiri mereka sebagai tanda sokongan.
Penyampai sebuah stesen televisyen Palestin menutup mata kiri mereka sebagai tanda sokongan.

“Tiba-tiba saya rasa sesuatu mengenai mata saya. Saya ingat peluru getah atau batu. Saya memegang mata saya dan tidak merasa apa-apa. Saya tidak dapat melihat kerana mata saya hilang sepenuhnya,” katanya.

Solidariti itu turut mendapat perhatian stesen televisyen Palestin apabila penyampainya menutup mata kiri mereka sebagai tanda sokongan.

Muath Amarneh kini dirawat di Pusat Perubatan Hadassah di Baitulmuqaddis sejak ditembak di sebelah mata kiri menggunakan peluru hidup Jumaat lepas oleh tentera Israel yang cuba meleraikan penunjuk perasaan Palestin di Kampung Surif di Wilayah Selatan Tebing Barat.

Artikel Berkaitan: