Dr Mahathir teruskan tugas seperti biasa

Laporan Sinar Harian pagi tadi.
Laporan Sinar Harian pagi tadi.
A
A
A

SEPANG - Meskipun mengalami pendarahan hidung pagi tadi, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad masih meneruskan tugasnya seperti yang dijadualkan.

Tepat jam 5 petang, beliau tiba di Pusat Konvensyen Movenpick di sini bagi menghadiri majlis penyerahan resolusi oleh Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Nik Omar Nik Abdul Aziz sempena Multaqa Ulama Asia Tenggara.

Beliau juga dijangka menyampaikan ucapan khas pada majlis tersebut dan akan melancarkan gimik pra pelancaran Multaqa Ulama Sedunia 2020.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Tun M sihat dan masih mahu bekerja'- Guan Eng

PMO sahkan Tun M sihat, sudah kembali bertugas

Pagi tadi, sidang akhbar yang dihadirinya sempena merasmikan Kongres dan Pameran Minyak Sawit Antarabangsa (PIPOC) 2019 di Kuala Lumpur terpaksa dihentikan selepas lima minit akibat pendarahan hidung.

Pemimpin berusia 94 tahun itu dilihat beberapa kali mengelap hidungnya ketika wartawan mengemukakan soalan.

Turut hadir pada sidang akhbar itu ialah Menteri Industri Utama, Teresa Kok.

Artikel Berkaitan: