X

Kindly register in order to view this article
!

Bapa dijel tujuh tahun, tiga sebat amang seksual anak kandung

Tertuduh dijatuhi hukuman tujuh tahun penjara dan tiga sebatan selepas didapati bersalah melakukan amang seksual fizikal terhadap anak kandungnya berusia empat tahun di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.
A
A

KUALA TERENGGANU - Seorang bapa dijatuhi hukuman tujuh tahun penjara dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana melakukan amang seksual fizikal terhadap anak kandung yang berusia empat tahun.

Tertuduh berusia 33 tahun turut diarah diletakkan di bawah pengawasan polis selama setahun mengikut Seksyen 27 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017 selepas tamat menjalani hukuman penjara.

Hukuman dibuat selepas tertuduh didapati bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 14(d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 16 akta sama.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak perempuan itu yang ketika kejadian berusia empat tahun di sebuah rumah di daerah ini pada Julai 2018.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14(d) yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan dikenakan sebatan jika sabit kesalahan.

Bagi kesalahan mengikut Seksyen 16 akta sama pula, tertuduh boleh dipenjara tidak kurang lima tahun dan boleh dihukum tidak kurang daripada dua sebatan jika sabit kesalahan.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus