Miri bakal jadi Bandaraya Pintar pertama di Sarawak

Kerajaan Sarawak bercadang melaksanakan projek perintis menjadikan Bandaraya Miri sebagai model Bandaraya Pintar untuk negeri ini.
Kerajaan Sarawak bercadang melaksanakan projek perintis menjadikan Bandaraya Miri sebagai model Bandaraya Pintar untuk negeri ini.
A
A
A

KUCHING - Kerajaan Sarawak bercadang melaksanakan projek perintis menjadikan Bandaraya Miri sebagai model Bandaraya Pintar untuk negeri ini.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, buat masa ini cadangan itu sedang dalam proses perbincangan serta diperhalusi.

“Kita jadikan Miri sebagai model terlebih dahulu memandangkan buat masa kini Miri akan dilaksanakan dengan smart collection of rubbish dan smart information,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan pejabat baharu Lembaga Multimedia Sarawak (SMA) di sini hari ini.

Abang Johari berkata, pelaksanaan itu dijangka dilakukan dalam tempoh terdekat dan kerajaan negeri menetapkan tempoh sembilan bulan bagi meneliti keseluruhan kos pelaksanaan itu. - Bernama

Artikel Berkaitan: