X

Kindly register in order to view this article
!

Eksekutif kewangan rugi RM135,000 ditipu 'jurutera Belanda'

A
A

KEPALA BATAS - Seorang eksekutif kewangan kerugian RM135,000 selepas diperdaya lelaki Belanda yang baharu dikenali melalui laman sosial.

Mangsa berusia 37 tahun sebelum ini dikatakan berkenalan dengan lelaki berkenaan yang kononnya seorang jurutera.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, suspek yang bijak berkata-kata dan menunjukkan seperti seorang berpengetahuan tinggi telah meyakinkan mangsa bahawa dia mempunyai projek pembinaan sedang berjalan di Miri, Sarawak.

”Lelaki berkenaan memberitahu akan datang ke Malaysia untuk berjumpa dengan mangsa dan pada masa sama meminta berkongsi modal projek yang menawarkan pulangan melebihi modal.

"Terpengaruh dengan kata-kata suspek, mangsa membuat beberapa transaksi pindahan wang ke atas beberapa akaun, namun dia disedari ditipu apabila lelaki berkenaan menghilangkan diri," katanya ketika dihubungi hari ini.

Norzainy berkata, dalam kes itu mangsa tidak pernah berjumpa dengan suspek namun hanya percaya melalui media sosial dan percakapan telefon.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!