PRK Cameron Highlands: PH Perak hantar jentera

Ahmad Faizal melepaskan peserta larian 10,000 langkah sempena Program Jom Sihat Bersama Ahli Parlimen Tambun di SJKC Chong Hwa, Kanthan Baru, di sini
Ahmad Faizal melepaskan peserta larian 10,000 langkah sempena Program Jom Sihat Bersama Ahli Parlimen Tambun di SJKC Chong Hwa, Kanthan Baru, di sini
A
A
A

CHEMOR - PH Perak akan menghantar jentera seramai mungkin bagi membantu PH Pahang pada PRK kawasan Parlimen Cameron Highlands.

Pengerusinya, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, sebagai negeri berjiran dengan Pahang dan paling hampir dengan Cameron Highlands, PH Perak akan membantu memastikan calon PH menang di kawasan tersebut.

Beliau berkata, mesyuarat bersama pimpinan PH Perak akan dibuat untuk menentukan pergerakan jentera pada PRK itu nanti.

"PH Perak akan bantu rakan kita di Pahang dan akan hantar pasukan berkampung untuk pastikan calon menang bergaya pada PRK kali ini. Kita nak lawan kemungkaran, kita nak cuba bawa kebaikan.

"Kita akan bawa seberapa banyak (jentera kempen) yang boleh. Saya akan mengadakan mesyuarat dengan Majlis PH Perak untuk menggerakkan seberapa ramai anggota parti daripada Perak," katanya.

PRK Parlimen Cameron Highlands diadakan selepas Mahkamah Pilihanraya mengisytiharkan keputusan kemenangan calon BN pada PRU14 lalu, Datuk C Sivarraajh dibatalkan kerana wujud amalan rasuah.

PH mengumumkan calon mereka PRU14 sebelum ini, M Manogran sebagai calon PRK Parlimen Cameron Highlands.

Artikel Berkaitan: