Pahang teliti lokasi tapak pelupusan kekal Lynas

Abd Rahim
Abd Rahim
A
A
A

KUANTAN - Kerajaan Pahang masih membuat semakan dan meneliti beberapa lokasi bagi pembinaan tapak pelupusan kekal (PDF) sisa pemprosesan nadir bumi dari kilang Lynas Corporation Ltd (Lynas) di Gebeng.

Exco Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri, Abd Rahim Muda berkata, penelitian tersebut perlu dibuat sebelum ia dimuktamadkan bagi pembinaan PDF di negeri ini.

"Setakat ini kita dalam proses mengenal pasti kesesuaian lokasi yang dicadangkan oleh Lynas untuk mempertimbangkan syarat atau keperluan ditetapkan agensi atau jabatan terlibat.

"Ini perlu kita utamakan sebelum sebarang keputusan diambil," katanya.

Beliau berkata demikian pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang di Wisma Sri Pahang hari ini bagi menjawab soalan Lee Chean Chung (PKR- Semambu) yang ingin mengetahui perkembangan terkini PDF Lynas.

Gambar hiasan. - Foto Bernama
Gambar hiasan. - Foto Bernama

Chean Chung juga mahu penjelasan daripada pihak kerajaan berapa lokasi yang sudah dikenal pasti dan adakah ia sudah dimuktamadkan.

Menjawab pertanyaan itu, Rahim berkata, cadangan tapak adalah tertakluk kepada syarat-syarat dan pengesahan daripada Lembaga Pelesenan Tenaga Atom, Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC).

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, beliau berkata, kerajaan negeri akan akur segala keputusan daripada MESTECC membabitkan isu Lynas.

"Kita terima apa sahaja keputusan MESTECC berdasarkan kepakaran yang mereka ada," katanya.