MPSJ masih siasat kes budak digigit anjing

Laporan Sinar Harian mengenai seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun cedera pada betis kanannya selepas digigit seekor anjing peliharaan di Taman Mawar Kinrara, Seksyen 5 di sini.
Laporan Sinar Harian mengenai seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun cedera pada betis kanannya selepas digigit seekor anjing peliharaan di Taman Mawar Kinrara, Seksyen 5 di sini.
A
A
A

PUCHONG - Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) masih menjalankan siasatan dalaman berhubung kes seorang kanak-kanak lelaki yang dilaporkan cedera digigit seekor anjing di Taman Mawar Kinrara Seksyen 5 pada Isnin lalu.

Timbalan Pengarah Korporat Jabatan Korporat dan Pengurusan Strategi MPSJ, Azfarizal Abdul Rashid berkata, ia berikutan ada pengadu mendakwa anjing yang menggigit kanak-kanak tersebut merupakan anjing peliharaan penduduk di kawasan tersebut.

Menurutnya, jika siasatan mendapati haiwan tersebut merupakan anjing bertuan, tindakan notis amaran atau notis kompaun boleh dikenakan ke atas pemilik anjing.

"Pihak yang terlibat boleh dikenakan tindakan di bawah Undang-Undang Kecil Pelesenan Anjing dan Rumah Pembiakan Anjing (MPSJ) 2007.

"Kes ini akan dirujuk kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Selangor untuk tindakan selanjutnya," katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Azfarizal memaklumkan MPSJ sebelum ini menerima sebanyak 12 aduan berkenaan anjing terbiar di lokasi tersebut sejak awal tahun lalu.

Menurutnya, lanjutan itu pihak MPSJ menjalankan 13 operasi di lokasi berkenaan dan berjaya menangkap sembilan ekor anjing terbiar.

"Kali terakhir MPSJ melaksanakan operasi di lokasi tersebut adalah pada 11 September lalu dengan hasil tangkapan sebanyak seekor anjing terbiar.

Artikel Berkaitan:

"Orang ramai yang mempunyai sebarang aduan dan pertanyaan, boleh menghubungi Pusat Panggilan Setempat (Call Center) MPSJ di talian 0380247700," katanya.

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun cedera pada betis kanannya selepas digigit seekor anjing peliharaan di Taman Mawar Kinrara, Seksyen 5 di sini.

Dalam kejadian malam Isnin lalu, Syaifulamerulrezal Haduri, 12, terpaksa menahan sakit hampir setengah jam apabila gigi anjing terbabit dikatakan terbenam dalam kulit kakinya yang menyebabkan luka hampir satu setengah inci.

Menceritakan kembali insiden malang itu, Syaifulamerulrezal berkata, ketika kejadian kira-kira jam 9.15 malam itu dia baharu keluar dari rumah seorang rakannya yang terletak beberapa meter dari tempat kejadian.

Menurutnya, anjing itu terus menerkam kakinya dan menggigit betisnya meski dia menjerit dan cuba menepis haiwan itu.

MPSJ masih menjalankan siasatan dalaman berhubung kes seorang kanak-kanak cedera digigit anjing di Taman Mawar Kinrara Seksyen 5 pada Isnin lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Budak meraung sakit 30 minit digigit anjing