Bonus: 'Kita tengah buat pengiraan'

Menteri Besar Selangor Amirudin Shari berucap pada Majlis Perasmian Sambutan Jubli Perak Pusat Kaunseling dan Pelancaran Buku Realiti Kehidupan di Pusat Konvensyen Shah Alam hari ini. - Foto Bernama
A
A

GOMBAK - Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari belum dapat memberikan sebarang bayangan tentang perkhabaran bonus kepada penjawat awam di negeri ini.

Amirudin ketika ditanya berkenaan perkara itu meminta menunggu pengumuman rasmi ketika pembentangan Belanjawan 2019 Negeri Selangor, Jumaat ini.

“Tak boleh umum sekarang. Kita tengah buat pengiraan, tunggu pengumuman nanti,” katanya ringkas.

Tahun lalu, kerajaan negeri memperuntukkan bantuan khas RM94.65 juta bagi pembayaran bonus tiga bulan gaji kepada kira-kira 17,000 penjawat awam di Selangor.

Terdahulu, beliau merasmikan Majlis Pecah Tanah Pangsapuri Kos Sederhana di Lot 69831 bersebelahan Pangsapuri Permai di sini petang tadi.