Haruman inspirasi Eva Mendes

EVA MENDES
A
A

SELEPAS berjaya memikat hati para wanita dengan haruman edisi Eva Duet, Avon terus komited mengeluarkan dua lagi minyak wangi hasil kolaboratif bersama bintang Hollywood, Eva Mendes.

Koleksi Eve Confidence dan Eve Elegance yang dipasarkan pada 1 November lalu merupakan haruman menggambarkan gaya hidup dan perjalanan wanita masa kini yang berdepan pelbagai cabaran.

Bicara Mendes: "Dengan terhasilnya wangian Eve Elegance dan Eve Confidence, maka saya berupaya mengharumkan setiap momen indah yang berbeza dalam hidup.

"Menerusi satu semburan Eve Confidence misalnya, saya telah bersedia untuk apa sahaja."

Ringkasnya, Eve Confidence adalah haruman manis bunga melur harum yang diulit kemewahan anggur hitam dan kehalusan kayu oak.

EVE Confidence adalah haruman manis kombinasi bunga melur harum, anggur hitam dan kayu oak.
EVE Confidence adalah haruman manis kombinasi bunga melur harum, anggur hitam dan kayu oak.

Setiap semburan yang tercipta menyuntik keyakinan dan keberanian para wanita.

Sementara itu, haruman Eve Elegance pula menyempurnakan setiap momen kaum Hawa termasuk menyerlahkan aura hebat dan sofistikated.

Ia diulit dengan kelembutan kelopak bunga jasmin, ledakan delima segar dan kayu ambar yang memukau.

Tidak keterlaluan menyifatkan Eve Elegance merupakan haruman yang tepat untuk menonjolkan personaliti wanita di kala melakar pelbagai kenangan indah.

Info

Eve Confidence dan Eve Elegance Avon

Harga: RM95 (Semenanjung), RM109.25 (Sabah, Sarawak)

Saiz: 50ml

Lokasi: Wakil Avon dan butik kecantikan Avon

Web: shop.avon.my