'Eloklah dia, pergi mesyuarat kan'- Wan Azizah

Wan Azizah - Foto fail Bernama
Wan Azizah - Foto fail Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - "Eloklah dia (Mohamed Azmin), pergi mesyuarat kan. Mesyuarat biro politik," jawab ringkas Pengerusi Majlis Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Wan Azizah berkata demikian ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini mengulas mengenai pertemuan lebih 20 Ahli Parlimen BN dan Pakatan Harapan (PH) di kediaman rasmi Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Mohamed Azmin Ali di Presint 10, Putrajaya malam tadi.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut berkaitan pertemuan itu.

Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam reaksinya berkata, beliau ada mendengar mengenai pertemuan itu namun tidak mengetahui apa yang berlaku.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Saya dengar tapi tidak tahu apa yang dibincangkan'

Mengulas isu sama, Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil berkata, Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan meminta penjelasan daripada timbalannya berhubung pertemuan di kediaman rasmi menteri itu di Presint 10, Putrajaya malam tadi.

Katanya, PKR akan mengadakan mesyuarat Biro Politik malam esok bagi membincangkan isu berkenaan.

PKR minta penjelasan Azmin pada mesyuarat Biro Politik esok

Artikel Berkaitan:

Wakil rakyat berkenaan dipercayai berada di kediaman Mohamed Azmin sejak jam 7 malam sebelum beransur-ansur meninggalkan kediaman Ahli Parlimen Gombak itu mulai 11 malam dengan yang terakhir dilihat keluar ialah Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin.

Antara Ahli Parlimen BN yang dilihat keluar ialah Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Mastura Mohd Yazid; Ahli Parlimen Lipis, Datuk Abdul Rahman Mohamad; Ahli Parlimen Maran, Datuk Seri Ismail Abd Muttalib; Ahli Parlimen Jasin, Datuk Seri Ahmad Hamzah; Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim; Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said; Ahli Parlimen Gerik, Datuk Hasbullah Osman dan Ahli Parlimen Cameron Highlands, Ramli Mohd Nor.

Turut dilihat hadir ialah Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Kamaruddin Jaafar.