Jenazah bekas Ketua Polis Selangor selamat dikebumi

Anggota polis dan ahli keluarga mengangkat jenazah bekas Ketua Polis Selangor Datuk Mohd Shukri Dahlan selepas solat jenazah di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, hari ini. - Foto Bernama

A
A
A

SHAH ALAM - Jenazah bekas Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd Shukri Dahlan yang meninggal dunia petang semalam selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 di sini kira-kira jam 10 pagi ini.

Terdahulu jenazah Allahyarham dimandikan dan disolatkan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah kira-kira jam 7.30 pagi.

Turut menziarah jenazah dan keluarga Allahyarham di masjid adalah Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, dan Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin.

Kira-kira 300 orang terdiri daripada ahli keluarga, sahabat-handai dan bekas rakan sekerja Allahyarham hadir di tanah perkuburan untuk pengebumian.

Ummi Fateen Mohd Shukri, 32, (kanan) menyiram air mawar di atas pusara bapanya yang juga bekas Ketua Polis Selangor Datuk Mohd Shukri Dahlan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, hari ini.- Foto Bernama

Mohd Shukri, 65, meninggal dunia di sebuah hospital swasta di sini pada kira-kira 4.45 petang semalam akibat kanser hati.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan empat anak berusia antara 25 tahun hingga 32 tahun.

Selain pernah berkhidmat sebagai Ketua Polis Selangor, Allahyarham Mohd Shukri juga pernah menjadi Ketua Polis Perak dan Ahli Majlis Agama Islam Selangor untuk penggal 2015 hingga 2017. - Bernama

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas Ketua Polis Selangor meninggal dunia