'Saya tak tahu pertemuan dengan Azmin' - Mujahid

MUJAHID. FOTO:ZAHID IZZANI
MUJAHID. FOTO:ZAHID IZZANI
A
A
A

SEPANG - Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof tidak mengetahui mengenai pertemuan beberapa Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) di kediaman rasmi Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Mohamed Azmin Ali di Presint 10, Putrajaya malam tadi.

Beliau menegaskan, pertemuan berkenaan di luar pengetahuannya.

"Pertemuan dengan Azmin Ali? Saya tidak tahu. Di luar bidang kuasa saya. Kena tanya mereka," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Multaqa Ulama Asia Tenggara di sini hari ini.

Mujahid berkata demikian ketika diminta mengulas pertemuan 22 Ahli Parlimen UMNO dan lima Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) di kediaman Mohamed Azmin malam tadi.

Kesemua mereka tiba jam 7 petang dan meninggalkan kediaman Timbalan Presiden PKR itu pada jam 11 malam.

Antara yang hadir ialah Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan yang juga Naib Presiden PKR, Zuraida Kamarudin; Timbalan Menteri Pengangkutan, Kamaruddin Jaffar; Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Mastura Mohd Yazid, Ahli Parlimen Lipis, Abdul Rahman Mohamad; Ahli Parlimen Maran, Ismail Abd Muttalib dan Ahli Parlimen Cameron Highlands, Ramli Mohd Nor.

Antara pemimpin yang dipercayai hadir ialah Ahli Parlimen Jasin, Datuk Seri Ahmad Hamzah; Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim; Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said, Ahli Parlimen Gerik, Datuk Hasbullah Osman dan Ahli Parlimen Paya Besar, Mohd Shahar Abdullah.

Selain itu Ahli Parlimen Maran, Datuk Seri Dr Ismail Abdul Muttalib; Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Jamaluddin Alias dan Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said.

Terdahulu kecoh satu mesej bertebaran menerusi aplikasi WhatsApp mengenai pertemuan melibatkan Mohamed Azmin dengan beberapa Ahli Parlimen PH dan BN.

Artikel Berkaitan: