Maggie, kambing biri-biri sensasi

Di anggarkan bulu kambing biri-biri ini seberat 20 kilogram dan ramai di kalangan nitezen mencadangkan bulu kambing ini perlu dicukur.
Di anggarkan bulu kambing biri-biri ini seberat 20 kilogram dan ramai di kalangan nitezen mencadangkan bulu kambing ini perlu dicukur.
A
A
A

THURINGIA - Seekor kambing biri-biri yang hidup sendirian di dalam hutan sejak lima tahun lalu mencuri perhatian ramai.

Ini kerana, keadaan bulu kambing biri-biri itu yang semakin tebal boleh memudaratkan haiwan tersebut.

Di anggarkan bulu kambing biri-biri ini seberat 20 kilogram (kg) dan ramai di kalangan netizen mencadangkan bulu kambing ini perlu dicukur.

Bagaimanapun, keadaan bulu yang tebal dan berbau itu menghindarkannya dari pemangsa seperti serigala.

Maggie, si kambing biri-biri sering dilihat oleh pejalan kaki di Lembah Jonas yang terletak di daerah Ilm-Kreis, Thuringia, Jerman.

Keadaan bulu yang tebal dan berbau itu menghindarkannya dari pemangsa seperti serigala.
Keadaan bulu yang tebal dan berbau itu menghindarkannya dari pemangsa seperti serigala.

Ia juga sering mengejutkan pemandu di tepi jalan namun akan segera melarikan diri ke hutan.

Seorang penggembala tempatan, Gerhard Schuh, 59, berkata, bulu kambing biri-biri ini perlu dicukur.

Artikel Berkaitan:

"Bulu ini menyerap banyak air dan haiwan ini boleh jatuh sakit. Bulu itu juga boleh menjadi kusut di dalam semak dan menyebabkannya mati kelaparan.

"Mereka yang bimbang tentang keadaan kambing ini, perlu membantu menangkapnya," katanya.

Kambing biri-biri ini juga semakin dikenali ramai setelah mempunyai laman Facebooknya sendiri.

Ia diasaskan oleh Christin Bayer, yang menamakan haiwan itu sebagai Maggie.

"Saya menggunakan jalan ini untuk bekerja setiap hari. Saya namakannya sebagai Maggie kerana beranggapan ia seekor kambing biri-biri betina.

'Saya membuat laman Facebook untuknya untuk orang ramai berkongsi memuat naik gambarnya.

"Ia tidak mengambil masa yang lama, sehingga pengguna mula memuat naik gambarnya," katanya. - Agensi.