KPM edar surat mansuh aliran sains, sastera di sekolah

Teo Nie Ching
Teo Nie Ching
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan (KPM) mengeluarkan surat ke semua sekolah di seluruh negara bagi memperjelaskan mengenai pemansuhan aliran sains dan sastera membabitkan pelajar Tingkatan Empat.

Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching berkata, pihak sekolah boleh memberi penjelasan lanjut kepada pelajar mengikut panduan yang terkandung dalam surat berkenaan.

Menurutnya, pemansuhan aliran sains dan sastera perlu dilaksanakan mengikut keupayaan dan situasi setiap sekolah.

"Kita tak cakap semua sekolah mesti untuk hentikan (mansuh) tapi menggalakkan pihak sekolah untuk menjelaskan, kerana kita ada pelbagai pakej.

"Pakej Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) di mana mereka digalakkan untuk mengambil beberapa mata pelajaran.

"Tetapi untuk aliran sains, sastera dan kemanusiaan, mereka ada pakej yang berbeza," katanya di lobi Parlimen hari ini.

Nie Ching berkata, pada masa sama, pelajar boleh membuat pilihan untuk mengambil lima subjek elektif mengikut minat masing-masing.

Terdahulu Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik pada bulan lepas dilaporkan berkata, kementeriannya belum memutuskan pelaksanaan pemansuhan tersebut dan ia masih dalam peringkat kajian.

ARTIKEL BERKAITAN KPM tidak terburu-buru mansuh aliran sastera, sains

Artikel Berkaitan: