PRN Sarawak agenda utama Konvensyen PKR Sabtu ini

Persiapan untuk pilihan raya negeri (PRN) Sarawak yang dijangka pada tahun 2021 akan menjadi antara agenda utama yang akan dibincangkan dalam Konvensyen Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabtu ini.
Persiapan untuk pilihan raya negeri (PRN) Sarawak yang dijangka pada tahun 2021 akan menjadi antara agenda utama yang akan dibincangkan dalam Konvensyen Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabtu ini.
A
A
A

MIRI - Persiapan untuk pilihan raya negeri (PRN) Sarawak yang dijangka pada tahun 2021 akan menjadi antara agenda utama yang akan dibincangkan dalam Konvensyen Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabtu ini.

Ahli Parlimen Miri dari PKR, Dr Michael Teo Yu Keng berkata, selain itu konvensyen yang dijadualkan berlangsung di sebuah hotel di sini nanti akan turut meraikan sambutan ulang tahun ke-20 penubuhan parti.

“Lebih 1,000 perwakilan akan menghadiri konvensyen itu, yang dijangka akan dirasmikan oleh Presiden Parti Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Sehubungan itu katanya surat jemputan ke konvensyen sehari itu sudah pun dihantar kepada pemimpin-pemimpin PKR dan juga ahli parti.

Untuk rekod, ketika ini Pakatan Harapan (PH) mempunyai 10 Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak, dengan tujuh daripadanya adalah dari DAP manakala tiga lagi dari PKR. - Bernama

Artikel Berkaitan: