Serangan bom di Medan: 45 anggota militan ditahan

Penduduk di Medan semalam membantah pengebom bunuh diri dikebumikan di bandar itu. - Foto AFP
Penduduk di Medan semalam membantah pengebom bunuh diri dikebumikan di bandar itu. - Foto AFP
A
A
A

JAKARTA - Polis Indonesia hari ini memaklumkan kira-kira 45 militan diberkas susulan insiden serangan bom bunuh diri di balai polis di Medan yang dikaitkan dengan Daesh yang telah mencederakan enam mangsa termasuk dua orang awam pada minggu lalu.

Penahanan kesemua suspek dibuat dalam siri operasi yang dilancarkan sejak kejadian menggemparkan pada Rabu lalu manakala dua pembuat bom turut maut ditembak.

"Kedua-dua individu itu cuba melawan polis menggunakan senjata tajam. Mereka dipercayai menghasilkan bom dengan intensiti rendah yang digunakan oleh penyerang tersebut," kata jurucakap Polis Nasional, Dedi Prasetyo.

Sebelum ini, polis mengesahkan lelaki berusia 24 tahun itu melancarkan serangan secara sendirian.

Kira-kira 20 suspek lain termasuk isteri penyerang itu dan pasangan radikal yang memainkan peranan utama dalam serangan itu dan dikaitkan dengan kumpulan Jamaah Ansharut Daulah (JAD) turut ditahan dalam serbuan pada minggu lalu.

"Penyerang bersama isterinya juga menghadiri kem latihan dan diajar bagaimana untuk membeli senjata api dan peralatan tajam," ujarnya lagi. - AFP

Artikel Berkaitan: