Pusingan U di KM8.4 Lebuhraya Besraya arah Seremban ditutup

Pusingan U di KM8.4 Lebuhraya Besraya arah Seremban ditutup.
Pusingan U di KM8.4 Lebuhraya Besraya arah Seremban ditutup.
A
A
A

SUNGAI BESI - Pusingan U di Kilometer 8.4 Lebuhraya Besraya arah Seremban akan ditutup bermula hari ini sehingga 28 Ogos 2020.

Projek Penswastaan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi - Ulu Klang (SUKE) menerusi kenyataan memaklumkan penutupan tersebut dilaksanakan bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembinaan Lebuhraya SUKE.

"Pengguna dari arah pusat bandar yang ingin menuju ke arah selatan perlu menggunakan pusingan U di Lakefield, Sungai Besi sebagai alternatif sehingga pembinaan pusingan U yang baharu di Lebuhraya SUKE selesai dibina.

"Pengguna dinasihatkan untuk mematuhi papan tanda keselamatan dan pelan pengurusan trafik yang dicadangkan untuk perjalanan yang lancar dan selamat di sepanjang laluan tersebut," katanya.

Artikel Berkaitan: