Ragaman capai 10j tontonan

Faizal Tahir. - Foto INSTAGRAM FAIZAL TAHIR
A
A

MUZIK video single terbaru, penyanyi Faizal Tahir, Ragaman telah berjaya meraih 10 juta tontonan di laman YouTube.

Melalui laman Instagram (IG) miliknya, Faizal berkongsi perkara itu dan mengucapkan terima kasih kepada mereka yang telah menonton muzik videonya.

"Tiada kata yang mampu bapak ucapkan selain biar betik? Juga Alhamdulillah dan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua," tulisnya.

Faizal turut menitik pesanan supaya bersabar dengan karenah pasangan serta terus menyayangi hingga akhir hayat.

"Semoga kita semua terus bersabar dengan #ragaman pasangan masing-masing dan terus saling menyayangi sampai ke akhir hayat.

"Nah... Sila teruskan berjoget secara halal. Alhamdulillah. Terima kasih daun keladi. Bapak sayang kamu semua," luah Faizal.

Video muzik rasmi arahan Azhar Ismail ini turut menampilkan pelakon wanita popular, Nabila Huda Suhaimi yang pernah memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia Ke-28.

Ragaman merupakan single terbitan Faithful Music dengan kerjasama Warner Music Malaysia sebagai pengedar. Ragaman boleh didapati di semua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox, Deezer, Joox dan juga Apple Music.

Rata-rata peminat meninggalkan pelbagai komen dan turut mengakui kehebatan lagu dan juga muzik video itu.

"Antaranya saya... Sudah 100 kali tengok.... Hahahaa tetap best," tulis oneainz.

"Tahniah bapak!wah ragaman bapak berjaya," tulis messyana.

"Tahniah bapak @faizal_tahir... Ragaman pasangan membawa kenangan terindah dalam nota hidup berstatuskan suami isteri," tulis leeyana_nadeera83.

"Ayat 'biar betik' itu memang menjadi kesukaan kami anak beranak bila dengar lagu ini," tulis azianyusop.

"Tahniah bapak... @faizal_tahir, todak jemu layan kat youtube... Anak-anak pun ikut... 'Tolong -tolong," tulis yatiezelani.

"Macam arwah ayah saya yang tidak pernah bising dengan #ragaman mak saya. Tahniah bapak," tulis hnimrhimi.

Antaranya saya....dah 100 kali tengokk...hahahaaaa tetap best

Ada juga peminat yang menyarankan agar penyanyi itu membuat ragaman versi lelaki pula.

"Bapak @faizal_tahir... Lepas ini buat pasal ragaman laki pula... Hahaha," tulis myrosli.

"Bapak @faizal_tahir, lepas ini bapak bikin lagu ini macam lagi... Umur-umur macam saya dan bapak ini memang sesuai lagu-lagu begini," tulis oyenz.eusoff.

Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia