Kerajaan lanjutkan khidmat bekalan perubatan Pharmaniaga

Pharmaniaga
Pharmaniaga
A
A
A

KUALA LUMPUR - Anak syarikat milik penuh Pharmaniaga Bhd (Pharmaniaga), Pharmaniaga Logistics Sdn Bhd (PLSB) menerima surat melanjutkan perkhidmatan daripada Kementerian Kesihatan untuk membekalkan ubat-ubatan dan keperluan perubatan kepada fasiliti kementerian itu.

Ia melibatkan tempoh interim selama 25 bulan mulai 1 Disember 2019 sehingga 31 Disember 2021.

Pharmaniaga dalam kenyataan hari ini berkata, PLSB juga akan meneruskan perkhidmatan logistik dan pengedaran kepada kementerian berkenaan untuk tempoh lima tahun berakhir 31 Disember 2024.

Pengarah Urusan Pharmaniaga Datuk Farshila Emran berkata, Pharmaniaga berterima kasih kepada kerajaan kerana meletakkan kepercayaan terhadap syarikat itu dan mengiktiraf prestasi mereka dalam melaksanakan perkhidmatan.

“Di masa hadapan, kami akan kekal memberi tumpuan menyediakan perkhidmatan berkualiti tinggi dan kecekapan operasi yang kukuh bagi memastikan kami mencapai Indeks Petunjuk Prestasi (KPI).

“Sehubungan itu, kami komited untuk mempertahankan piawaian tadbir urus korporat yang baik dan amalan yang telus berpandukan Sistem Pengurusan Anti Rasuah MS ISO 37001,” katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan: