X

Kindly register in order to view this article
!

'Mummy' ditahan bersama 82 PATI

Antara individu yang diperiksa di salah sebuah pusat hiburan di Bandar Raya Melaka.
A
A

KUALA LUMPUR – Seramai 81 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan Pasukan Taktikal Khas (Pastak) Jabatan Imigresen Malaysia selepas menggempur dua buah pusat hiburan yang dikawal ketat tonto di Bandar Raya Melaka awal pagi tadi.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, seramai 150 orang diperiksa dan 79 daripadanya ditahan ialah wanita dipercayai pelayan pelanggan (GRO) yang terdiri daripada 30 dari China dan 49 warga Vietnam.

“Dua orang lagi PATI ialah lelaki warga Myanmar yang juga pekerja di premis tersebut. Selain itu, sembilan orang warga tempatan yang terdiri daripada enam lelaki dan tiga wanita turut ditahan.

“Kesemua mereka disyaki bekerja sebagai penjaga premis dan ‘mummy’ (pengurus) kepada semua wanita GRO warga asing,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Khairul Dzaimee berkata, seramai 24 pegawai Pastak terlibat dalam operasi kira-kira jam 12.30 malam itu dan pasukan berkenaan berjaya melepasi kawalan tanpa disedari tonto.

"Ketika serbuan dilakukan terdapat cubaan melarikan diri melalui pintu belakang premis dan laluan rahsia. Bagaimanapun cubaan tersebut digagalkan pegawai yang membuat kepungan sebelum serbuan dilakukan,” katanya.

Menurutnya, berlaku kekecohan dan provokasi daripada tonto di luar premis semasa proses tahanan dibawa ke kenderaan Imigresen.

“Situasi itu berjaya dikawal dan operasi berakhir tanpa sebarang insiden yang tidak diingini sebelum semua tahanan dibawa ke Depot Tahanan Imigresen Machap Umboo untuk tindakan lanjut.

"Antara kesalahan yang dikenal pasti ialah tiada dokumen pengenalan diri, tidak memiliki pas yang sah, tinggal melebihi tempoh dibenarkan masa selain kesalahan yang melanggar,” katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!