Ibu seram lihat anak dari kamera monitor bayi

Paparan Twitter @PassionPopSoc tular di laman sosial.
Paparan Twitter @PassionPopSoc tular di laman sosial.
A
A
A

CALIFORNIA - Seorang ibu terkejut apabila melihat wajah anaknya persis babak dalam filem seram setelah menonton kamera pengawasan bayi atau kamera monitor bayi.

Menerusi perkongsian gambar di Twitter, @PassionPopSoc memaparkan imej aneh dengan menulis, "Kami baru membeli kamera monitor untuk bayi kami dan ia adalah satu kesilapan."

Katanya, mata bayinya menyala dan seakan membesar membuatkan sesiapa sahaja melihat akan berasa takut.

Penularan gambar itu membuatkan ibu bapa berkongsi pengalaman mencuit hati menggunakan kamera monitor bayi.

Perkongsian itu mendapat respons @seanieflanagan yang berkata, "Isteri saya ada menerima gambar daripada rakannya. Dia ternampak imej aneh dari kamera monitor bayi dipercayai hantu.

@seanieflanagan turut berkongsi gambar yang 'menakutkan'.
@seanieflanagan turut berkongsi gambar yang 'menakutkan'.

"Tetapi apabila diselidik, ia hanyalah stiker pelapik tilam. Stiker itu ada muka bayi dan si bapa lupa hendak membuangnya," katanya.

Kata @MillerTodd87, "Ya, itu satu perkara biasa, anak perempuan saya suka baring dengan menjatuhkan kepalanya ke bawah dan ia sungguh menyeramkan bila lihat menerusi kamera itu," katanya.

Artikel Berkaitan:

Antara gambar dikongsi bu bapa.
Antara gambar dikongsi bu bapa.

Sehingga kini, perkongsian kisah itu menarik lebih 83,100 ulang ciap dan 407,200 tanda suka daripada netizen.