Kami dah berpisah: Isteri Tauke Jambu

No Image Caption
A
A
A

"KAMI sudah berpisah," ujar isteri kepada pelawak terkenal Tauke Jambu, Nadia Mohd Affandi yang mengesahkan mereka kini sudah berpisah.

Menurut Nadia, berkata, dia dilafaz ceraikan menerusi kiriman bersuara di aplikasi WhatsApp.

"Perpisahan ini berpunca gara-gara munculnya orang ketiga dan mula berpisah sejak masuknya tahun baharu ini," katanya perkara ini bukan kali pertama terjadi membabitkan orang ketiga.

Meskipun Tauke cuba untuk berbaik semula, namun Nadia sudah tidak terdaya berdepan situasi ini.

"Dia ramai kawan perempuan dan menjadikan saya susah nak detect. Tetapi, kali ini kantoi, dia wanita lain daripada seberang.

No Image Caption

"Dah banyak kali juga sebelum ini saya diberitahu oleh rakan, Tauke dan wanita tu ada berjumpa.

"Kami pernah duduk discuss hal ini tetapi dia tak mengaku. Akhirnya ada hamba ALLAH ambil gambar mereka berdua berada di kedai makan, Port Dickson dan di mentioned di Instagram Tauke.

Artikel Berkaitan:

"Saya pula ada akses ke akaun Tauke, saya nampaklah, kami bergaduh akhirnya membuat keputusan berpisah" jelas Nadia sebagaimana dilaporkan Astro Gempak.

Difahamkan juga, Nadia bakal membawa kes ini ke mahkamah dalam jangka masa terdekat.

Pasangan itu berkahwin pada 9 Disember 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Zamatul Khayla Aydina sekitar Oktober 2018.