Kemenangan bersama bukan individu

Hishammuddin
Hishammuddin
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai adalah hasil kerja berpasukan bukan kerana mana-mana individu.

Bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, sesuatu yang mustahil untuk BN memperoleh kemenangan besar tanpa usaha semua pihak yang berkempen untuk calon BN.

Menurutnya, kemenangan tersebut memberi suntikan semangat kepada BN untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembangkang yang berkesan.

"Kemenangan BN adalah kemenangan kita bersama. Tidak boleh diletakkan di atas bahu seseorang individu sahaja.

"Keputusan Sabtu lalu adalah permulaan yang baik untuk kita meneruskan perjalanan yang masih jauh.

"BN tidak sempurna. Kita perlu lihat secara mendalam diri kita sendiri tapi ini (kemenangan) beri kita suntikan semangat," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Hishammuddin berkata, beliau dan BN akan membantu Ahli Parlimen Tanjung Piai, Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng menunaikan janji kepada rakyat di kawasan berkenaan.

Artikel Berkaitan: