Pasang sistem pembesar suara elak kejadian lemas

Mohd Sharkar menjawab pertanyaan Chin Chen mengenai langkah kerajaan negeri untuk menangani kes Lemas di Hutan Lipur Chamang pada sidang DUN hari ini.
Mohd Sharkar menjawab pertanyaan Chin Chen mengenai langkah kerajaan negeri untuk menangani kes Lemas di Hutan Lipur Chamang pada sidang DUN hari ini.
A
A
A

KUANTAN - Kerajaan Pahang akan memasang sistem pembesar suara di Taman Eko Rimba (TER) Chamang, Bentong sebagai langkah keselamatan bagi mengelak berlakunya kejadian lemas.

Exco Pelancongan, Alam Sekitar dan Perladangan Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin berkata, pagar keselamatan dan papan tanda turut dipasang bagi menghalang pengunjung memasuki kawasan larangan di kawasan terbabit.

Menurutnya, pintu masuk TER juga akan dinaik taraf bagi mengelak kes pencerobohan dan kerosakan selepas ditutup pada jam 5 petang hingga 8 pagi keesokannya.

"TER adalah kawasan hutan simpanan kekal dikelaskan sebagai hutan lipur, bagaimanapun pengunjung dikenakan bayaran masuk iaitu RM1 bagi kanak-kanak, dewasa pula RM3 dan pelancong luar negara RM10 seorang," katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan daripada Lee Chin Chen (DAP-Bilut) mengenai langkah kerajaan negeri untuk menangani kes lemas di Hutan Lipur Chamang pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang di Wisma Sri Pahang hari ini.

Dalam pada itu, Mohd Sharkar berkata, sebanyak RM188,514 dikutip hasil bayaran masuk pengunjung ke taman itu yang direkodkan Jabatan Perhutanan Pahang sejak 2017 hingga September lalu.

Katanya, hasil pendapatan itu disalurkan semula kepada TER bagi tujuan menaik taraf dan penyelenggaraan kemudahan untuk keselesaan pengunjung.

Berdasarkan laporan tahun ini, tiga kes lemas berlaku di Hutan Lipur Chamang.

Artikel Berkaitan: