Lori muatan balak terbalik

Lori muatan balak yang terbabas sebelum terbalik di KM 60, Jalan Aring-Sungai Jawi kelmarin. - FOTO: IHSAN IPD HULU TERENGGANU
Lori muatan balak yang terbabas sebelum terbalik di KM 60, Jalan Aring-Sungai Jawi kelmarin. - FOTO: IHSAN IPD HULU TERENGGANU
A
A
A

HULU TERENGGANU - Seorang pemandu cedera apabila lori yang membawa muatan balak dipandunya terbalik di KM 60, Jalan Aring-Sungai Jawi dekat Bukit Kawah, Kuala Berang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu, mangsa, Mustasha Mustafar, 34, dari Pahang patah bahu kanan dan cedera di muka.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata, siasatan awal mendapati kenderaan berat dipandu mangsa dalam perjalanan dari Aring menghala ke Kuala Berang di sini.

"Setibanya di lokasi, lori dipandu dikatakan hilang kawalan sewaktu melalui selekoh sebelum terbalik sendiri.

"Difahamkan keadaan jalan ketika itu agak licin dan permukaan jalan basah kerana kejadian berlaku selepas hujan lebat.

"Mangsa seterusnya dihantar ke hospital Hulu Terengganu untuk rawatan susulan," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Mohd Adli berkata, kes disiasat mengikut Peraturan 10 Kaedah-kaedah lalu lintas 1959 kerana gagal mengawal kenderaan sehingga menyebabkan kemalangan.

Artikel Berkaitan: