Program Hadi di UPM ditangguhkan

Program syarahan akademik Hadi di UPM ditangguhkan.
Program syarahan akademik Hadi di UPM ditangguhkan.
A
A
A

SHAH ALAM - Program syarahan akademik bertajuk Bicara Eksklusif Islam Membawa Kesatuan yang dijadualkan berlangsung esok dan disampaikan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ditangguhkan.

Setiausaha Politik Presiden Pas, Syahir Sulaiman berkata, penangguhan program syarahan itu diterima melalui surat daripada pihak Hal Ehwal Pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) bertarikh hari ini atas sebab yang tidak dapat dielakkan.

“Pihak kami telah dimaklumkan program syarahan akademik yang dijadualkan akan disampaikan oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang di UPM esok pada Selasa, 19 November telah ditangguhkan melalui satu surat daripada pihak HEP UPM bertarikh hari ini atas sebab yang tidak dapat dielakkan.

“Kandungan surat yang bertarikh hari ini, 18 November 2019 juga memaklumkan UPM meminta pihak Persatuan Mahasiswa Islam UPM (PMIUPM) selaku penganjur karnival itu untuk menangguhkan slot berkenaan atas sebab yang tidak dapat dielakkan,” katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, pihak UPM akan menggantikan slot itu dalam sesi Wacana Intelek yang akan diadakan kelak.

Surat bertajuk, 'Penangguhan Slot Bicara Eksklusif Karnival Inspirasi Putra' itu ditandatangani oleh Ketua Bahagian HEP UPM, Fahmi Azar Mistar.

Artikel Berkaitan: