X

Kindly register in order to view this article
!

LZNK terima dua Anugerah Zakat 2019

Syeikh Zakaria (tiga dari kiri) menerima anugerah disampaikan Mujahid pada Majlis Sambutan Bulan Zakat Kebangsaan 2019 dan Ijtimak Penggerak Zakat Kebangsaan di Alor Setar baru-baru ini.
A
A

ALOR SETAR - Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) dipilih menerima dua Anugerah Zakat Kebangsaan 2019 pada Majlis Sambutan Bulan Zakat Kebangsaan 2019 dan Ijtimak Penggerak Zakat Kebangsaan di sini baru-baru ini.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) LZNK, Syeikh Zakaria Othman berkata, LZNK menerima anugerah di bawah kategori Inovasi Agihan Zakat Terbaik dan kategori Asnaf Usahawan (Khas) yang disampaikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof.

Menurutnya, kepercayaan masyarakat penting bagi membolehkan LZNK menjadi penyelamat umat Islam.

“Apabila saya dilantik sebagai CEO, baru saya sedar perkara paling sukar bukan mengurus kutipan dan agihan zakat tetapi mengubah persepsi masyarakat.

“Jadi kepercayaan masyarakat perlu dipulihkan segera supaya institusi agama ini boleh berdiri teguh dan dipandang sebagai agensi penyelamat ekonomi umat Islam,” katanya.

Menurut Syeikh Zakaria, beliau bimbang isu pertikaian terhadap cara pengagihan zakat tidak selesai sehingga mereka yang mempertikaikan itu mendapat sebahagian daripada zakat.

“Jika mereka dapat, mereka gembira. Tapi sebaliknya jika mereka tidak dapat maka mereka akan terus mempertikaikan dan menghina institusi zakat. Isu ini bukan baharu bermula hari ini bahkan sejak dari zaman Rasulullah SAW lagi,” katanya merujuk kepada Surah At-Taubah ayat 58.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!