Mat salih jalanan nyanyi lagu P Ramlee

Pemuzik jalanan nyanyikan lagu seniman P Ramlee, Getaran Jiwa di Melbourne, Australia.
Pemuzik jalanan nyanyikan lagu seniman P Ramlee, Getaran Jiwa di Melbourne, Australia.
A
A
A

[VIDEO] SUDAH lebih empat dekad Seniman Agung Allahyarham Tan Sri P Ramlee meninggalkan kita, namun karyanya masih kekal menjadi pujaan ramai peminat sehingga ke peringkat antarabangsa.

Allahyarham pernah mengatakan, "Aku mati nanti, tetapi aku akan hidup 1,000 tahun lagi" dan kata-kata itu ada kebenaran kerana filem, lagu hasil karyanya tetap diminati pelbagai lapisan masyarakat.

Baru-baru ini tular satu rakaman video memaparkan pemuzik jalanan di Melbourne, Australia menyanyikan lagu Getaran Jiwa.

Video yang dimuat naik di Facebook ERA dan berdurasi 1 minit itu mendapat perhatian umum kerana lagu itu sedap didengari dan penyanyi berkenaan fasih menyanyikan lagu Melayu.

Ternyata lagu dari filem Antara Dua Darjat yang ditayangkan pada tahun 1960 itu masih ada peminatnya.

Rata-rata netizen begitu teruja kerana mat salih boleh menyanyi lagu Melayu dengan baik.

"Terbaik! Klasik orang putih boleh nyanyi lagu P Ramlee," tulis Mohamed Zaky.

Kata Hakim Aqem, "Wau sedap suara mat saleh nyanyikan lagu Getaran Jiwa oleh seniman kita."

Artikel Berkaitan:

Menurut Luth Mikail yang menyifatkan Allahyarham Tan Sri P Ramlee adalah seorang legenda seniman sepanjang zaman.

Sehingga kini, video itu meraih lebih 47,000 tontonan dari seluruh dunia.