Perjalanan Feeza di pentas GV6 terhenti pada minggu suku akhir

Feeza tersingkir pada konsert minggu keenam yang berlangsung di Auditorium MBSA, Shah Alam, tadi.
Feeza tersingkir pada konsert minggu keenam yang berlangsung di Auditorium MBSA, Shah Alam, tadi.
A
A
A

FEEZA menamatkan persaingan di pentas Gegar Vaganza musim keenam (GV6) apabila diumumkan tersingkir pada konsert minggu keenam yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shah Alam sebentar tadi.

Menerusi tema Melets, Feeza diberi tugasan menyampaikan lagu Terus Mencintai nyanyian asal daripada Siti Nordiana.

Bagaimanapun, persembahan tersebut gagal menambat hati juri apabila menerima markah paling rendah berbanding peserta lain.

Penyingkiran tersebut sekali gus menyaksikan Wann, Nurfatimah, Jatt, Naqiu, Roy, Hadi Mirza, One Nation Emcee, Sham Visa dan Noorshila Amin mara ke minggu separuh akhir.

Kesemua peserta diadili dua juri profesional, Datuk Ramli MS dan Hetty Koes Endang, selain Saari Amri sebagai juri jemputan.

Dalam pada itu, Wann diumumkan sebagai pemenang Anugerah Bintang Cili Padi, manakala Bintang Cuckoo Paling Gempak pula menjadi milik Sham Visa.

GV6 yang dihoskan Nabil Ahmad dan Jihan Muse disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Artikel Berkaitan: