Sembilan pasangan pengantin polis diraikan

Abdul Hamid (dua dari kiri) dan isteri Puan Sri Norazrin Marzuki (kiri) beramah mesra dengan sebahagian pengantin yang terdiri daripada anggota polis pada majlis Walimatul Urus Polis Diraja Malaysia di Dewan Pengaman Pulapol Kuala Lumpur hari ini. - Foto Bernama

A
A
A

KUALA LUMPUR - Seramai sembilan pasangan pengantin polis diraikan pada Majlis Walimatul Urus Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur di sini hari ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, majlis perkahwinan itu membabitkan sembilan anggota polis dari Kontinjen Bukit Aman, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

“Pasangan terbabit dinikahkan pada 11 November lalu. Ucapan penghargaan diberikan kepada Bank Muamalat Malaysia Berhad kerana menyumbang RM100,000 bagi merealisasikan program ini.

“Kesediaan pihak terbabit meneruskan kolaboratif ini adalah satu penghargaan kepada PDRM. Ia juga dapat mengurangkan kos perbelanjaan majlis perkahwinan yang perlu ditanggung warga polis yang ingin mendirikan rumah tangga,” katanya ketika berucap pada majlis berkenaan.

Abdul Hamid Bador (tiga dari kiri) dan isteri Puan Sri Norazrin Marzuki (tiga dari kanan) beramah mesra dengan Konstabel Nur Hidayah Muhamad Zaffri (dua dari kiri) dan pasangannya Mohd Redzuan Mat Lazin serta Konstabel Mohd Syafieq Mohamad (dua dari kanan) dan pasangannya Nurzuhaida Zailani (kanan) di Dewan Pengaman Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur hari ini. - Foto Bernama

Majlis persandingan raja sehari itu adalah kali kedua dianjurkan untuk warga PDRM.

Sementara itu, pengantin, Lans Koperal Norashikin Abdullah dari Kontinjen Negeri Sembilan berkata, program itu diharap dapat diteruskan setiap tahun bagi membantu warga polis mendirikan rumah tangga tanpa mengeluarkan belanja besar yang membebankan.

“Saya dan suami, Lans Koperal Mohamad Zaki Firdaus Nadirin yang juga anggota anggota tentera mencuba nasib dengan menghantar permohonan untuk menyertai program ini.

Artikel Berkaitan:

"Alhamdulillah nama kami terpilih dan saya harap program seperti ini dapat diteruskan bagi meringankan beban warga polis,” katanya.