Renjer cucuk mata buaya untuk selamatkan diri

Dickmann nekad bergelut dengan buaya tersebut ketika insiden itu.
Dickmann nekad bergelut dengan buaya tersebut ketika insiden itu.
A
A
A

CAIRNS - Seorang renjer hidupan liar di Australia berdepan detik cemas ketika menyelamatkan dirinya daripada dibaham buaya minggu lalu.

Craig Dickmann berkata, dia nekad bergelut dengan reptilia itu dan mengorek mata ketika haiwan tersebut cuba menariknya ke dalam air dalam kejadian di kawasan utara negara itu yang turut dikenali sebagai 'negara buaya'.

Menurutnya, reptilia sepanjang 2.8 meter muncul secara tiba-tiba dari belakangnya ketika dia mahu meninggalkan kawasan tersebut selepas selesai memancing.

"Ia kemudiannya membaham paha saya. Bunyi ketika rahangnya terkatup pada paha saya akan menghantui hidup saya selama-lamanya.

"Saya terus mencucuk matanya dengan ibu jari saya kerana itulah satu-satunya bahagian paling lembut pada badan haiwan terbabit. Saya terus menekan dan mengorek sehingga terasa bahagian tulang.

"Buaya itu kemudiannya melepaskan saya dan saya menolaknya sebelum menyelamatkan diri," kata lelaki berusia 54 tahun itu.

Pergelutan selama beberapa minit itu turut menyebabkan kulitnya pada bahagian lengan dan kaki terkoyak.

Dia terpaksa memandu pulang melalui perjalanan selama lebih 45 minit sebelum menghubungi perkhidmatan kecemasan.

Artikel Berkaitan:

Dickmann kemudiannya terpaksa menunggu selama sejam lagi sebelum diterbangkan ke Hospital Cairns dan dia kini dilaporkan semakin pulih daripada kecederaan itu. - Agensi