Malaysia kekurangan pegawai optometri

Dr Dzulkefly
Dr Dzulkefly
A
A
A

KUALA SELANGOR - [DIKEMASKINI] Bilangan pegawai optometri di negara ini masih rendah berikutan hanya terdapat sejumlah 310 di hospital kerajaan ketika ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, jumlah tersebut adalah daripada keseluruhan 2,300 pegawai optometri di hospital kerajaan dan swasta di seluruh negara.

Menurutnya, kekurangan pegawai optometri menyebabkan bebanan kerja meningkat dan mengurangkan keberkesanan sistem kesihatan mata, apatah lagi pemeriksaan mata di hospital kerajaan dijalankan jika menerima rujukan daripada klinik kesihatan atau pusat rawatan harian.

"Barang kali hendak berjumpa dengan pegawai optometri, pesakit terpaksa menunggu lama dan masa lebih panjang untuk merujuk kes di hospital kerajaan," katanya selepas Penutup Kempen Kesedaran Kesihatan Mata Kebangsaan (NEHA) 2019 di Dewan Orang Ramai Kampung Assam Jawa di sini hari ini.

Dzulkefly (dua dari kanan) menyampaikan sumbangan cermin mata kepada salah seorang penerima pada Penutup NEHA 2019 di Dewan Orang Ramai Kampung Assam Jawa di sini hari ini.
Dzulkefly (dua dari kanan) menyampaikan sumbangan cermin mata kepada salah seorang penerima pada Penutup NEHA 2019 di Dewan Orang Ramai Kampung Assam Jawa di sini hari ini.

Katanya, pegawai optometri sektor awam sangat berkebolehan dan berpengalaman kerana setiap hari berdepan dengan pelbagai jenis penyakit mata dengan jumlah pesakit tinggi, manakala jumlah pegawai optometri swasta yang ramai boleh dimanfaatkan untuk aktiviti rutin pemeriksaan mata dan saringan.

"Terdapat kira-kira 200 graduan dalam jurusan optometri di seluruh negara setiap tahun," katanya.

Sementara itu, Dzulkefly berkata, seramai 670 golongan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah (B40) menerima cermin mata percuma pada Kempen NEHA tersebut.

Artikel Berkaitan:

"Kejayaan program anjuran The Association of Malaysia Optometrist (AMO) ini hasil kerjasama semua pihak termasuk penaja korporat dan beberapa universiti awam dan swasta," katanya.