X

Kindly register in order to view this article
!

Terengganu serius kekang aktiviti basikal lajak

Hanafiah (tengah) ketika merasmikan Seminar Menangani Gejala Sosial Dalam Konteks Kekeluargaan (SEMAI) di Kuala Terengganu hari ini.
A
A

KUALA TERENGGANU – Kerajaan Terengganu mahu Polis Diraja Malaysia (PDRM) memantau secara serius kegiatan basikal lajak di negeri ini kerana ia membabitkan isu keselamatan.

Exco Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat berkata, gejala sosial itu belum popular di Terengganu namun ia harus dibendung lebih awal sebelum menjadi parah.

Ini kerana menurutnya, aktiviti basikal lajak boleh mengundang bahaya bukan hanya kepada penunggang malah pengguna jalan raya lain juga.

“Di Terengganu ia baru bermula, kita belum bincang secara serius tapi sebaiknya polis kena ambil tindakan awal,” katanya di sini hari ini.

Menurut Hanafiah, beliau percaya mentarbiah kanak-kanak dan remaja yang terlibat dalam gejala sosial ini merupakan langkah terbaik supaya mereka memahami isu tersebut sebelum menguatkuasakan hukuman.

Beliau berkata, kerajaan negeri juga akan mencari pendekatan terbaik bagi menangani gejala negatif terbabit.

“Peringkat ini kita jangan ambil tindakan lagi, sekurang-kurangnya beri nasihat dahulu baru bertindak,” katanya.

Mana-mana individu yang didapati terlibat dengan kesalahan berkaitan basikal lajak termasuk melakukan aksi yang mengancam nyawa dan pengguna jalan raya yang lain, boleh dikenakan tindakan di bawah Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (LN166/59) dan denda maksimum RM2,000.

Bagi pesalah di bawah umur, ibu bapa boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 iaitu pengabaian penjagaan kanak kanak dan boleh dikenakan hukuman denda RM20,000 serta boleh dipenjara tidak lebih 10 tahun.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!