Faiz Nasir kembali perkuat cabaran TFC

Faiz Nasir kembali memperkuatkan cabaran TFC pada saingan Liga-M 2020. - Foto FA Selangor
Faiz Nasir kembali memperkuatkan cabaran TFC pada saingan Liga-M 2020. - Foto FA Selangor
A
A
A

BEKAS pemain sayap Selangor, Faiz Nasir sah menjadi milik Terengganu FC (TFC) bagi mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga-M) 2020.

Perkara itu diumumkan menerusi kenyataan media Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) hari ini.

Faiz, 28, anak kelahiran Kelantan pernah menyarung jersi TFC pada 2018 di bawah kendalian ketua jurulatih, Irfan Bakti Abu Salim sebelum berhijrah ke Selangor musim lalu.

"Majlis menandatangani kontrak selama setahun antara Faiz dan PBSNT berlangsung sebentar tadi.

"Kehadiran Faiz diharap dapat memantapkan lagi skuad penyu pada musim depan di bawah kendalian ketua jurulatih, Nafuzi Zain," katanya dalam kenyataan.

Selain Faiz, PBSNT sebelum ini turut mengumumkan kemasukan dua tonggak baharu iaitu bekas kapten pasukan Perak, Mohamad Nasir Basharudin dan bekas bek kiri Felda United, Arif Fadzillah bagi mengisi slot pemain tempatan.

Sementara itu, Nafuzi berkata, kehadiran Faiz diibaratkan seperti sirih pulang ke gagang dan amat dinanti-nantikan seluruh peminat bola sepak Terengganu.

"Seperti yang kita maklum, Faiz pernah bersama TFC dan membantu kelab merebut gelaran naib juara Piala Malaysia pada 2018 selepas menewaskan Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam 'pertempuran' paling sengit.

Artikel Berkaitan:

"Walaupun bertubuh kecil, Faiz memiliki kelebihan yang tersendiri dan saya harap kehadirannya akan memberi impak kepada pasukan musim depan," katanya.- Bernama