Rakyat Perlis paling ramai hidap kencing manis

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

KANGAR - Perlis dikesan sebagai negeri tertinggi di Malaysia mempunyai rakyat yang menghidap penyakit kencing manis berdasarkan kepada nisbah jumlah penduduk.

Sehubungan itu, penduduk negeri ini dinasihatkan supaya tidak mengambil makanan atau minuman mempunyai banyak gula yang berisiko tinggi terkena penyakit berkenaan.

Ketua Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran, Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan, Pejabat Kesihatan Kangar, Zaferidin Hashim

menyarankan orang ramai supaya banyak memakan ulam yang boleh membantu menolak bahan makanan yang membahayakan usus.

Dalam pada itu, katanya adalah lebih wajar jika setiap makanan dimasak sendiri kerana kesegarannya lebih terjamin tanpa dimasukkan bahan perisa yang berlebihan sehingga memberi kesan buruk kepada kesihatan.

"Sebagai pengguna orang ramai mempunyai hak memastikan kualiti makanan yang dijual di kedai makan dalam keadaan baik, selain memberi nasihat kepada pemilik premis makanan untuk menjaga kebersihan tempat ​​​memasak," katanya semasa memberi ceramah kesihatan anjuran Komuniti Sihat Perkasa Negara (KOSPEN), Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Guru Jaya di sini hari ini. - Bernama

Artikel Berkaitan: