PH kalah, Tun M bakal dijadikan 'kambing hitam'- Najib

Najib mendakwa kononnya DAP mahu bertindak untuk mengkambinghitamkan Dr Mahathir sebagai berikutan kekalahan PRK Parlimen Tanjung Piai.
Najib mendakwa kononnya DAP mahu bertindak untuk mengkambinghitamkan Dr Mahathir sebagai berikutan kekalahan PRK Parlimen Tanjung Piai.
A
A
A

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendakwa bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad dijangka dijadikan kambing hitam oleh rakan politiknya sendiri berikutan kekalahan calon Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai, semalam.

Dalam hantaran melalui Facebooknya kira-kira sejam lalu, Najib berkata, situasi yang berlaku adalah sama seperti apa yang berlaku kepada Pas semasa parti itu bersama dalam PH.

“Saya jangka DAP akan mulakan langkah mereka untuk mengkambinghitamkan PM (Perdana Menteri) ketujuh sebagai punca utama kekalahan (calon PH) PRK Tanjung Piai.

“Habis madu sepah dibuang. Ini adalah sama seperti apa yang terjadi ke atas Pas semasa mereka bersama dalam Pakatan Rakyat,” tulisnya sambil memberitahu bahawa sikap DAP tidak pernah berubah.

Hantaran tersebut mendapat 1,000 komen, 305 perkongsian dan 11,000 tanda suka.

Semalam, Barisan Nasional (BN) kembali merampas semula kerusi Parlimen Tanjung Piai melalui calonnya, Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng apabila memperoleh kemenangan besar dengan meraih 25,466 undi.

Calon BN itu menang dengan majoriti 15,086 undi berjaya mengalahkan pencabar terdekatnya iaitu calon PH, Karmaine Sardini yang memperolehi 10,380 undi.

Artikel Berkaitan: