Polis beri amaran kepada pengguna basikal lajak

MOHD TAUFIK
MOHD TAUFIK
A
A
A

GUA MUSANG - Polis Diraja Malaysia memberi amaran keras terhadap aktiviti basikal lajak dan meminta masyarakat bekerjasama menyalurkan maklumat berhubung aktiviti bahaya tersebut.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Mohd Taufik Maidin berkata, sebarang maklumat boleh dilaporkan terus ke balai atau ibu pejabat polis daerah (IPD) berdekatan dan juga Bilik Gerakan yang beroperasi 24 jam di nombor 09-9121222.

"Terlalu banyak kes yang melibatkan aksi berbahaya melalui aktiviti basikal lajak," katanya.

Beliau dalam masa sama turut menggesa ibu bapa memainkan peranan mengawasi anak-anak daripada aktiviti tidak bermoral yang boleh mengundang bahaya kepada diri sendiri dan pengguna jalan raya lain.

"Pengawasan daripada ibu bapa itu penting kerana ia boleh memberi kesan yang buruk.

"Bimbinglah anak-anak muda ini ke arah kecemerlangan dan aktiviti yang menyihatkan untuk kesejahteraan hidup di masa hadapan," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN Lapor polis jika nampak aktiviti basikal lajak

Artikel Berkaitan: