Popular Malaysia tawar harga bahan bacaan serendah RM1

Jualan Gudang Popular Malaysia menawarkan pelbagai genre buku pada harga istimewa kepada pengunjung bermula 22 November sehingga 1 Disember depan.
Jualan Gudang Popular Malaysia menawarkan pelbagai genre buku pada harga istimewa kepada pengunjung bermula 22 November sehingga 1 Disember depan.
A
A
A

SHAH ALAM - Koleksi bahan bacaan bahasa Inggeris terpilih dengan harga serendah RM1 antara promosi ditawarkan sempena Jualan Buku Gudang Popular Malaysia di Mines 2, Seri Kembangan.

Popular Malaysia dalam kenyataannya berkata, pengunjung boleh mendapatkan buku dengan harga serendah RM1 dengan syarat membeli sekurang-kurangnya lima buku.

Menurutnya, jualan gudang yang berlangsung pada 22 November hingga 1 Disember ini turut menawarkan buku tempatan dan luar negara serta novel bahasa Melayu pada harga RM10.

“Kita juga menawarkan ‘beli dua percuma satu’ pada mana-mana bahan bacaan bahasa Melayu terpilih,” katanya.

Katanya, Popular Malaysia turut menawarkan pembelian komik kanak-kanak popular seperti Doraemon, Boboiboy dan Disney Frozen 2.

“Pengunjung juga boleh menikmati potongan harga sehingga 80 peratus selain terdapat tawaran diskaun buku bahasa Cina terpilih dengan diskaun 20 peratus, RM8 dan RM1 pada mana-mana buku terpilih,” katanya.

Menurutnya, dengan setiap pembelian melebihi RM80, pengunjung juga boleh membeli termos tahan karat berkapasiti 350 mililiter pada harga RM35 setiap satu berbanding harga asal RM108.

Untuk maklumat atau lebih banyak promosi, layari www.popular.com.my atau Facebook rasmi Popular Malaysia.

Artikel Berkaitan: