Selepas anak, bapa pula peluk Islam

Paparan Instagram Ustaz Ebit Lew.
Paparan Instagram Ustaz Ebit Lew.
A
A
A

LAHAD DATU - Kurang dari 24 jam, seorang bapa terbuka hati memeluk Islam selepas anak gadisnya mengucap dua kalimah syahadah di hadapan penceramah bebas, Ustaz Ebit Lew di Masjid Ar-Raudah, Lahad Datu, Sabah.

Semalam, pendakwah popular itu berkongsi momen indah itu di Instagram peribadinya dengan menyatakan rasa syukur dan terharu kerana urusannya dipermudahkan oleh ALLAH SWT.

Beliau memberitahu, lelaki tersebut merupakan ayah kepada seorang gadis Cina yang memeluk Islam di majlisnya.

"Terkejut tengah ceramah. Ayah Mei pula ucap syahadah selepas anaknya memeluk Islam malam tadi. Allahuakbar.

"Sebelum ini, Mei datang bersama ahli keluarganya untuk memeluk Islam dan keluarganya beritahu terima kasih kerana bimbing anaknya. Mereka turut menghormati pilihan anaknya untuk memeluk Islam.

"Keesokan harinya, Mei datang bersama bapanya berhasrat memeluk Islam," katanya terharu dengan hidayah ALLAH.

Menerusi perkongsian itu juga, Ebit memberitahu bahawa ibu dan saudara-mara Mei juga sedang mempelajari Islam dan berharap suatu hari nanti mereka semua terbuka hati untuk menjadi sebahagian daripada saudara seagama.

Sementara itu, rata-rata warganet mengucapkan rasa syukur dan mendoakan agar mualaf tersebut terus istiqomah untuk mempelajari ilmu Islam.

Artikel Berkaitan:

Kata @rohanee05, "Subhanallah, alhamdulillah, barakallah. Moga dipermudahkan urusan ustaz dan saudara baharu kita."

"Masya-ALLAH, kadang-kadang kita tak sangka yang kita ni asbab seseorang itu mendapat hidayah daripada ALLAH. Moga terus berjaya ustaz," kata @aziz._zzzz.