Minyak turun: Peniaga jangan ambil kesempatan

Noordin (tengah) bergambar bersama ahli persatuan tersebut selepas mesyuarat diadakan.
Noordin (tengah) bergambar bersama ahli persatuan tersebut selepas mesyuarat diadakan.
A
A
A

KOTA BHARU - Persatuan Pengguna Kelantan Darul Naim menyambut baik penurunan harga minyak yang diumumkan kerajaan dan berharap ia bukan hanya untuk satu tempoh tertentu sahaja.

Presidennya, Datuk Mohamad Noordin Awang berkata, pengurusan penilaian harga secara mingguan itu juga membantu pengguna untuk mengatur perbelanjaan dengan lebih bijak.

“Tetapi saya berharap dengan penurunan harga ini, jangan pula ada peniaga yang masih mengambil kesempatan dengan mengatakan harga barangan lain tidak boleh diturunkan sebab minyak mahal.

“Apa yang boleh kita turunkan, kita turunkan. Apa yang tidak boleh, kita kekalkan. Sebab itu kerajaan juga perlu mempunyai satu kaedah bagi memastikan harga barangan lain juga terkawal, bukan naik turun macam minyak,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Sinar Harian selepas hadir Mesyuarat Agung Pertama Koperasi Persatuan Pengguna Kelantan Darul Naim Berhad di Tunjong di sini.

Dalam pada itu, persatuan menyasarkan lebih 500 ahli mendaftar sebagai ahli koperasi apabila sejak ditubuhkan awal tahun ini, keahlian koperasi tersebut meningkat melebihi 120 orang.

“Saya optimis jumlah tersebut akan bertambah dari semasa ke semasa memandangkan keahlian kita juga diyakini akan bertambah lagi tahun ini.

“Apa yang penting, kita mahu semua ahli manfaatkan sebaik mungkin koperasi yang kita sediakan ini untuk membantu ekonomi masing-masing mengikut penerangan yang kita lakukan sebelum ini,” katanya.

Artikel Berkaitan: