Potato, si kucing muka terkejut

Potato memiliki mata besar yang menampakkan ekspresi wajahnya seakan-akan sentiasa terkejut.
Potato memiliki mata besar yang menampakkan ekspresi wajahnya seakan-akan sentiasa terkejut.
A
A
A

WASHINGTON - Seekor kucing dari Amerika Syarikat dengan mata besar yang menampakkan ekspresi wajahnya seakan-akan sentiasa terkejut berjaya menarik perhatian pengguna media sosial.

Ashley Norlien, 21, memelihara Potato sejak dua tahun lalu dan seperti kebanyakan pemilik kucing, Norlien tidak ketinggalan berkongsi gambar haiwan peliharaannya di laman sosial.

Ashley Norlien gemar memuat naik gambar Potato di laman sosial. - Foto Caters News Agency
Ashley Norlien gemar memuat naik gambar Potato di laman sosial. - Foto Caters News Agency

Kini berusia lima tahun, sensasi internet berbulu oren itu mempunyai kira-kira 50,000 pengikut di laman Instagram.

Menurut Norlien, sejak berkongsi gambar Potato, dia menerima banyak komen tentang keunikan mata kucing itu.

"Sejak saya memelihara Potato dan berkongsi gambarnya, ramai yang menyedari sesuatu yang berbeza tentang matanya," kata Norlien sambil menambah Potato gemar berbaring dan bermalas-malasan di siang hari. - Agensi

Artikel Berkaitan: