Polis Jepun cekup 'Spiderman'

GAMBAR HIASAN
GAMBAR HIASAN
A
A
A

TOKYO - Seorang pencuri di Jepun yang mempunyai kemahiran memecah masuk bangunan tinggi akhirnya dicekup polis.

Pencuri tersebut juga digelar 'Spiderman' kerana kemahirannya itu.

Menurut laporan portal FNN.jp, lelaki yang dikenali sebagai Hiroki Horiguchi ditahan pada 1 November lalu.

Dia menjadi buruan Polis Metropolitan Tokyo beberapa bulan lalu kerana disyaki menjadi dalang di sebalik berpuluh kes pecah pejabat sekitar Tokyo.

Susulan penangkapan lelaki tersebut, polis berjaya menyelesaikan kes kecurian di kawasan kejiranan Shinjuku pada April lalu.

Bagaimanapun, Horiguchi, 26, masih berdiam diri dan enggan membuat pengakuan bahawa dia adalah 'Spiderman' yang diburu polis selama ini. - Agensi

Artikel Berkaitan: