Signal jelas daripada rakyat: Ahmad Zahid

Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng memenangi PRK Tanjung Piai selepas diumumkan oleh SPR pada malam ini. - Foto: Sharifudin Abdul Rahim
Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng memenangi PRK Tanjung Piai selepas diumumkan oleh SPR pada malam ini. - Foto: Sharifudin Abdul Rahim
A
A
A

PONTIAN - Kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya (PRK) Parlimen Tanjung Piai dilihat sebagai satu kemenangan rakyat.

Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, kemenangan itu secara keseluruhannya memperlihatkan protes terhadap kerajaan hari ini.

"Ini satu kemenangan rakyat dan signal yang cukup jelas daripada rakyat. Mereka memperlihatkan protes kepada kerajaan yang ada sekarang.

"Ia sebagai mercu tanda kepada muafakat nasional," katanya pada sidang media di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim sejurus pengumuman PRK Tanjung Piai.

Keputusan berkenaan menyaksikan BN menang besar apabila calonnya, Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng mendapat 25,466 undi bagi menewaskan calon Pakatan Harapam (PH) Karmaine Sardini yang hanya memperolehi 10,380 undi.

Sementara itu, Ahmad Zahid menyifatkan kemenangan berkenaan sebagai satu referendum kecil untuk ke Putrajaya malah keputusan majoriti dilihat amat memberangsangkan dan penting untuk muafakat nasional.

"Kemenangan ni amat penting untuk muafakat nasional. Ia memperlihatkan komitmen semua pihak.

"Memang di luar jangkaan. Rakyat dah kembali kepada BN. Peningkatan peratusan pengundi Cina menunjukkan mereka telah memberikan sokongan kepada BN," katanya.

Artikel Berkaitan: